Nikmat kehidupan yang
dikurniakan adalah gambaran Allah SWT amat mengasihi hamba-Nya. Kesusahan
hilang dengan kesenangan, kejahilan lenyap dengan pengetahuan, kesakitan
terhapus dengan kesihatan dan kegelapan berganti gemerlapan.
Ada manusia cuba menghitung
nikmat, membandingkannya dengan kesusahan hidup yang dihadapi, ternyata
kemewahan hidup yang Allah kurniakan tidak terkira. Nikmat melihat, mendengar,
merasa, berfikir malah berkongsi kasih sayang tidak akan diperoleh jika tiada
kuasa yang menganugerahkan.
Tentulah kita tidak boleh
menyesali kepayahan dan kesukaran hidup di dunia, malah anggaplah ada hikmah
yang menanti sementara iman diuji, tetapi berusahalah untuk mencari kesenangan.
Kadangkala kita tidak sedar
apa yang dimiliki hari ini adalah nikmat, bukannya sedia ada untuk setiap
manusia kerana ada orang yang tidak dapat merasainya. Sebab itulah kita tidak
harus lupa mensyukuri segala kemurahan hati Allah SWT menganugerahkan sebuah
kehidupan yang lengkap.
No comments:
Post a Comment