Lihatlah rama-rama, ia cantik.
Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir
semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan
menyempurnakan sekuntum bunga. Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan
sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari kita? Warna dan corak rama-rama itu
telah berpindah ke jari-jari kita. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi
lebih terbuai oleh angin.
Jangka masa hidup rama-rama
kurang daripada seminggu namun banyak jasa dan keindahan yang diberikan oleh
rama-rama semasa riwayat hidupnya. Jika rama-rama memberikan jasa kepada dunia
ini dengan memberikan keindahan dan keharmonian warna-warni sayapnya untuk
tatapan manusia, bagaimana pula dengan kita?
Sebagai manusia, telah berpuluh
tahun kita hidup di muka bumi ini, pernahkan kita memberikan manfaat yang baik
kepada dunia pinjaman Ilahi ini. Manusia hanya mendabik dada, sombong dan riak
berjalan di atas bumi pinjaman ini. Manusia berlumba-lumba menunjukkan
kesombongan, berkejar-kejaran mengikut kehendak, meninggalkan segala perintah
dan suruhan Allah s.w.t dan seringkali alpa akan dunia yang sementara.
Maka, berilah jasa seperti mana
kehidupan rama-rama, walaupun hadirnya hanya seketika namun banyak manfaat yang
telah ditinggalkan sebelum ia pergi.
No comments:
Post a Comment